Home

Friday, July 23, 2021

#Inspirasi Pagi - Berubah (Versi BM)

 


ANDA HANYA PERLU BERUBAH

Robert T Kiyosaki pernah didatangi anak muda berjambang di lobby hotel tempat dia baru saja mengadakan seminar. Anak muda itu meminta Robert untuk menjadi mentornya. Kemudian Robert T Kiyosaki melihat si anak muda berjambang itu: "Boleh, tapi cukur dulu jambang anda kemudian jumpa saya semula". Anak muda itu merasa tersinggung dan pergi. Rakan Robert juga hairan dan menanyakan apa kaitan jambang dengan menjadi kaya ? "Kalau tadi dia tidak berjambang, saya akan suruh ganti kasutnya yg hitam menjadi putih. Utk Menjadi kaya adalah anda mesti sedia berubah. Saya hanya ingin melihat apakah dia sedia untuk berubah?"

Jika Anda ingin menyeberang ke kuadran kanan, (B & I) menjadi bebas kewangan dan bebas waktu, carilah mentor org kuadran kanan, ikuti apapun langkah yang diarahkan. Anda sedang menerokai hutan belantara, ranjau yang tidak anda kenal. Jika nekat jalan sendiri akan celaka. 

Pegang tali pinggang mentor Anda dari belakang, atau sarung kalau dia bersarung, dan IKUTI SEMUA LANGKAH YANG DISARANKAN OLEH MENTOR, suka atau tidak suka. Hanya itu cara untuk boleh berubah, kerana Anda sedang hijrah ketempat yang tidak Anda kenal, ikuti imam Anda tanpa mempersoalkan. Bertanya boleh, mempersoalkan tidak boleh. Apatah lagi  tidak mengikuti langkahnya. Maka Anda akan tersesat dan kembali ke rutin Anda semula.

Nabi Muhammad SAW mengatakan :"PERANG TERBESAR ADALAH MELAWAN DIRI SENDIRI". Kegagalan terbesar dalam proses mentoring dan perubahan ke kuadran kanan adalah disini, kita tidak boleh melawan diri kita sendiri.

Kalau dalam ilmu Fikiran, 

KITA KALAH MELAWAN AMYGDALA KITA.

#SemogaBermanfaat



Featured Post

#Inspirasi Malam - Attitude

  100% sebab Orang SUKSES bukan kerana KNOWLEDGE atau SKILL tetapi ATTITUDE. Terapkan ATTITUDE seperti ini ke dalam DIRI ANDA. Antara kata...

Popular Posts